Tuesday, August 20, 2013

PTPTN vs. CCRIS

Assalam...
Sebelum ini tidak rasa hendak mengupas tentang isu yang tengah hot sekarang. PTPTN dan CCRIS. Hmm...rasanya ramai peminjam yang masih belum menjelaskan hutang masing2 secara konsisten. Ada kelebihan, bayar, kalau tiada, tak bayar. 
Bagi saya kewujudan PTPTN ni memang baik. Tidak dinafikan, ramai yang bejaya menamatkan pengajian dengan "bermodalkan" PTPTN. Tapi, isunya sekarang ialah RAMAI yang ingkar, tidak membayar pinjaman tersebut. Kenapa? Hutang memang wajib dibayar. Apapun, ramai graduan yang belum berkemampuan membayar hutang masing2. Kalau difikirkan, memang kasihan juga muda2 sudah berhutang, tp apakan daya bukan semua orang bertuah, datang dari keluarga yang berkemampuan. Inshaa Allah, esok2 kalau anak2 dah besar, berjaya masuk IPT, x nak suruh pinjam PTPTN juga. Membayar tu memang SAKIT. :D. 
Hati tidak la sakit sangat kalau kita membayar apa yang kita pinjam, tapi yang sakit tu nampak baki tak pandai kurang2 kerana cas perkhidmatan tiap bulan tu,.. haish malas nak cakap. Secara logiknya, untuk apa cas perkhidmatan tiap bulan tu? Puluh2 ringgit... 
Niat di hati, BUKAN nak minta FREE atau dilupuskan, tapi tak boleh ke bayar apa yang kita pinjam sahaja? ;) (KALAU FREE, LAGI ALHAMDULILLAH,HEHEHE).. pendapat peribadi sahaja. Karang tak pasal2 kena saman. Orang mungkin akan cakap, apa susah..bayar sajalaaaa. Berat memandang, berat lagi bahu memikul saudara-saudari sekalian. :) Rasanya, ramai yang berlumba2 buat potongan gaji kalau pihak PTPTN minta bayaran bersamaan amaun yang dipinjam dan hapuskan cas perkhidmatan tu. Terpikir juga..untuk apa cas perkhidmatan tu? Apa relevan kewujudannya? hmm.. kalau kad kredit kena macam tu, xkan PTPTN pun kena kot........................ :D
Mengikut perkembangan terkini, nasib baik tak jadi senaraikan peminjam ingkar di bawah CCRIS. X arif sangat pasal benda ni tapi mengikut info2 yang diceduk sana-sini, sesiapa yang dah disenaraikan di bawah CCRIS ni memang kesian.. segala bentuk loan x leh nak buat. Mak aii..dgn keadaan sekarang, abih la mereka yang tersenarai di bawah CCRIS ni. Jangankan loan peribadi, loan rumah, kereta pun tak dapat. Kesian graduan hasil "keluaran PTPTN" yang seangkatan dengan saya (pun peminjam jugaaaaa - begini la nasib orang susah. Syukur sangat ada PTPTN). Tapi kalau takpernah bayar langsung, macam melampau la jugaaaa.. :).
Xmau lagi cakap pasal PTPTN ni. MUAK. hahaha... (padahal, masa jd student dulu x muak pun tunggu duit masuk..hihihi). 
Pen-off.


No comments:

Post a Comment