Monday, August 19, 2013

Kerjaya "sensei"

Assalam...
Seperti yang saya warwarkan dari awal, saya memang seorang guru. Mencurah bakti kepada anak-anak bangsa. Tersentuh sedikit hati membaca status "hot" yang agak negatif ttentang kerjaya ini. Saya sengaja tidak menjadikan blog ini seperti blog seorang guru kerana pada saya "guru" bukan kerjaya semata tapi lebih kepada tanggungjawab. Kerjaya ini bagi saya bukan la "kerja" tapi "amanah". Agaknya kenapa ramai yang berperasaan tidak senang dengan kerjaya guru? (Berdasarkan komen2 di alam maya).
Terfikir juga, kenapa yaaa? Kenapa kerjaya semulia ini dibenci oleh segolongan manusia? Err.. rasanya bukan kerjaya yang dibenci, saya betulkan. Agaknya, sesetengah individu yang kononnya bergelar guru tetapi tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
Pada saya, yang komen2 negatif tu patut adil.. jangan la komen terlalu general, seolah-olah menghukum semua guru sebagai insan yang tidak bertanggungjawab dan penuh dengan segala sikap negatif. Tidak perlu pertikaikan gaji yang diberi, besar ka kecik ka kerana sesungguhnya hanya seorang guru yang benar2 memahami tugas seorang guru. Kebanyakan kerjaya ada masa tetap untuk melaksanakan tugas. Kami, guru.. mungkin kelihatan balik awal dari orang yang kerja pejabat, tapi siapa tahu di rumah kami terpaksa curi masa untuk menyambung semula tugas2 yang perlu disiapkan? Siapa tahu kami terpaksa berjaga malam demi menyiapkan kerja "online" yang memerlukan kesabaran? Ahhh.. tapi masih ada masa berfacebook..bla bla bla.. ayat ini pasti keluar. Logiknya, laman sosial seperti facebook adalah saluran sesetengah orang untuk melepaskan stress atau bertukar2 pendapat. Tidak salah memanfaatkan kecanggihan teknologi masa kini untuk kebaikan. Tapi yang sedihnya, ada segolongan manusia yang begitu ghairah menjatuhkan orang lain menggunakan kemudahan yang ada... semuanya di hujung jari la katakan. :)
Keyboard ini mewakili lidah kita. Segalanya betul boleh di"delete" tapi kesannya akan dirasai selamanya oleh orang yang terkena. Jadi, kalau hendak post sesuatu, fikirla dulu dalam2. Kalau nak share sesuatu, jangan sampai menjadi penyebar fitnah pula. Kalau nak komen, jangan sampai menjadi batu api. Fikir2 dahulu......
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment