Wednesday, July 31, 2013

Assalam.......

Lama juga tidak menjenguk ruang ni. Busy.. minggu terakhir sblm cuti2 Malaysia. Mood raya dan balik kampung. Hmm..
Raya. Tidak pernah menyambutnya secara berlebih-lebihan. Sekadar rumah terbuka menjamu tetamu yg datang, saudara-mara dengan niat bersedekah. Apapun, perkara yang paling membawa makna ialah saudara-mara jauh dan dekat, sahabat2, jiran sekampung berduyun2 datang berkunjung. Letih tp seronok melayan kedatangan tetamu yang bertandang. Masa ini  peluang bermesra2, bertanya khabar, update bilangan ahli keluarga (biasa laa.......... ramai yg dah tukar status dari bujang ke berdua, dari berdua jadi bertiga, berempat.....)
Itu tentang rumah terbuka, tapi suasana sebelum raya tu paling mahal. Apatah lagi kalau adik-beradik semua balik kampung. Rumah semakin riuh kerana "generasi pelapis" semakin bertambah. Kepala pusing melayan anak sendiri, anak buah...hmmm. Kanak-kanak la yang paling seronok. Berkumpul dengan sepupu sepapat. Seronok sampai masa tidur pun x ingat. Ibu-ibu pening melayan kerenah anak masing2. Bapa2 ada yg "kena ikat " x boleh ke mana2 gara2 anak jadi "bayang2". Tapi..........semuanya sangat indah utk disimpan, menjadi simpanan memori sepanjang zaman, selagi nyawa di kandung badan....:)

oit...1252hrs. Akan disambung kemudian.....idea tidak mau keluar, asyik ingat "rumah". huhuu

No comments:

Post a Comment