Monday, August 19, 2013

Mood JIWANG

Puas melayari dunia maya. Membaca info yang pelbagai, macam-macam ada. Pembaca tegar, semua jenis buku, hasil karya atau apa2 sahaja asal boleh di baca, semua bantai baca. Tapi, mulut ni gatal juga komen itu ini kalau ada yang tak logik atau tak masuk akal. Mulut saja.. nak "komen" jarang-jarang. Karang ada pulak yang rasa "ditembak". huhuh.. Apapun, "komen" tu perlu...

Topik saya hari ni: Hati berbunga2 nampak couple selebriti yang sama cantik, sama padan. Terdetik di hati "sweetnya pasangan ni..moga terus bahagia sampai bila2". DOA. Sambil2 tu mesti doa juga untuk diri sendiri dan si "abang sayang". Inti utama: JELES eh nampak kemesraan pasangan popular Yusry dan Lisa Surihani. Aduhhhh... Lakiku tidak seromantis itu kalau nak bergambar. Haishh.. teringin juga macam tu, hahaha.. Suami den memang sah2 lerr, kalau pasal romantik ni JAUH MATAHARI DARI PLUTO. Tapi, biarpun x romantik, dia la Mr. Right yang paling perfect untuk saya. Rajin menolong di dapur, rajin jaga anak2, selalu cuba ikut rentak isterinya ini (walau pun dia x cakap...tau jugaaaa), MANA MAU CARI? sekarang lelaki cenggini dah jadi "spesis terancam" tau....
Saya, isterinya yang jauh dari kesempurnaan (masih berhempas pulas mencuba jadi yang the best utk dia.. inshaa Allah), sedar bahawa si suami itu kadang2 makan hati, merajuk kerana perangai isterinya yang keras kepala. Adoii laa... selalu tidak sependapat, masih dalam proses memahami "dia", begitu juga sebaliknya.
Bagaimana agaknya pasangan lain? Adakah seperti kami? Agaknya, mungkin begitu.... :)
Saling bertolak ansur, give and take, terima pasangan seadanya, cuba berubah kepada yang lebih baik demi dia.. (biarpun npk hipokrit, tp hidup ini sememangnya begitu, kadang2 perlu hipokrit demi sekeping hati.)... Walau apapun, saya terima dia seadanya. Saya kagumi kelebihannya dan terima kekurangannya. Yes, he's not perfect, but HE made him just perfect for me ;)

 

No comments:

Post a Comment