Friday, August 23, 2013

Durian Crepe

Masih terliur2 ingat durian crepe. Nak jadikan cerita, last week telah menempah durian crepe dari seorangrakan online (facebook lerr). X kenal pun dia, tp memandangkan dah lama sangat nak merasa durian crepe, order saja. Kebetulan kawan ni balik ke Sandakan, boleh terus singgah d Ranau. Terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di sekolah, menghantar order yang sikit sahaja... Apaun, tidak menyesal. SEDAP!! 
Dek kesedapan durian crepe si kawan ni, maka saya pun meng"google" resepinya. Mmm... x tau la dia guna resepi yang sama ka x, tp ini la resepi yang saya dapat. BELUM di cuba, tp akan di cuba nanti..heheh..


  • 250 gm tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil tepung ubi - diayak
  • 2 biji telur
  • 500 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar mentega di cairkan
  • 2 sudu besar gula halus @ castor
  • 1 sudu teh pewarna kuning @ pewarna yg disukai..
  • 1 sudu teh esen vanila
  • BAHAN FILLING :
  • 1 cawan whipping cream
  • Isi durian secukupnya - dilenyekkan lumat

  • CARA MENYEDIAKAN :
    1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan dalam mangkuk saiz sederhana dan kacau sebati.
    2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk mengelakkan berketul.
    3. Kemudian,kesemua bahan tersebut hendaklah dimasukkan dalam mesin pengisar dan dikisar sehingga sebati.Tapiskan dalam bekas.
    4. Panaskan non stick pan sehingga betul2 panas.
    5. Sapukan sedikit minyak pada non stick pan dan kemudian kecilkan api.
    6. Tuangkan satu senduk acuan tadi ke dalam kuali dan ratakan menggunakan belakang senduk tu..ala2 apam balik gitu..
    7. Masaklah hingga crepe masak dan tak perlu diterbalikkan…agak2 nampak dah kering tu leh la angkat..
    8. Ulang langkah ini sehingga acuan abes…^_^
    9. Biarkan ianya menyejuk dan ketepikan….
    Untuk menyediakan filling :
    • Masukkan whipping cream dalam mesin pengadun dan kisar hingga kental.
    • Isi durian dilenyekkan hingga lumat.
    Untuk menyediakan crepe durian :
    1. Bentangkan crepe yang telah dimasak tadi..
    2. Letakkan 1 sudu besar krim ( lapisan pertama )1 sudu besar isi durian ( lapisan kedua ) dan lapiskan sekali lagi dengan krim…so 3 lapisan la yg korang da…
    3. Pastu boleh la dilipat segiempat..lebih best disimpan dalam peti sejuk semalaman..

    Tadaaa..... resepi copy paste, akan di cuba setelah jumpa durian.. nyum nyum nyum....

     

    No comments:

    Post a Comment