Hobi membaca memang memberi faedah yang tidak terhingga. Ketika melayari media sosial yang tidak asing lagi, incik Facebook, terjumpa satu artikel menarik tentang petua yang berguna untuk para pesakit kencing manis/diabetes. Tak tau la ini boleh pakai ke tak tapi tak salah mencuba... kita berusaha, keberkesanannya serahkan pada Yang Menyembuhkan...
Sumber: http://ini-kalilah.blogspot.com/2013/08/bongkar-petua-merawat-kencing-manis.html
Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh.
Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian".
Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal.
Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan).
Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan....
Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh Inshaa Allah... Amin... Sila 'Share'..
Harap2 memberi manfaat kepada yang membaca...:)
Mommy's Corner
It's all about human. Our daily life
Friday, September 6, 2013
Gara-gara durian..
Durian o durian. Dulu-dulu, benci btl dgn durian ni. Memang kepala terus pening gara2 bau durian. Mula2 belajar makan durian dulu, sampai demam dan hilang suara semata-mata belajar makan durian. Itu cerita 11 tahun yang lalu. Sekarang sudah jadi HANTU durian. Muehehhe..
Ada cerita yang membuatkan saya tergelak sorang-sorang pasal durian ni..
kehkeheke....
Friday, August 23, 2013
Durian Crepe
Masih terliur2 ingat durian crepe. Nak jadikan cerita, last week telah menempah durian crepe dari seorangrakan online (facebook lerr). X kenal pun dia, tp memandangkan dah lama sangat nak merasa durian crepe, order saja. Kebetulan kawan ni balik ke Sandakan, boleh terus singgah d Ranau. Terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di sekolah, menghantar order yang sikit sahaja... Apaun, tidak menyesal. SEDAP!!
250 gm tepung gandum - diayak
1 sudu kecil tepung ubi - diayak
2 biji telur
500 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar mentega di cairkan
2 sudu besar gula halus @ castor
1 sudu teh pewarna kuning @ pewarna yg disukai..
1 sudu teh esen vanila
BAHAN FILLING :
1 cawan whipping cream
Isi durian secukupnya - dilenyekkan lumat
Dek kesedapan durian crepe si kawan ni, maka saya pun meng"google" resepinya. Mmm... x tau la dia guna resepi yang sama ka x, tp ini la resepi yang saya dapat. BELUM di cuba, tp akan di cuba nanti..heheh..
Resepi Durian Crepe (Sumber: http://www.resepimudah.com/pancake-durian-a-k-a-durian-crepe/)
CARA MENYEDIAKAN :
- Masukkan kesemua bahan kecuali santan dalam mangkuk saiz sederhana dan kacau sebati.
- Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk mengelakkan berketul.
- Kemudian,kesemua bahan tersebut hendaklah dimasukkan dalam mesin pengisar dan dikisar sehingga sebati.Tapiskan dalam bekas.
- Panaskan non stick pan sehingga betul2 panas.
- Sapukan sedikit minyak pada non stick pan dan kemudian kecilkan api.
- Tuangkan satu senduk acuan tadi ke dalam kuali dan ratakan menggunakan belakang senduk tu..ala2 apam balik gitu..
- Masaklah hingga crepe masak dan tak perlu diterbalikkan…agak2 nampak dah kering tu leh la angkat..
- Ulang langkah ini sehingga acuan abes…^_^
- Biarkan ianya menyejuk dan ketepikan….
Untuk menyediakan filling :
- Masukkan whipping cream dalam mesin pengadun dan kisar hingga kental.
- Isi durian dilenyekkan hingga lumat.
Untuk menyediakan crepe durian :
- Bentangkan crepe yang telah dimasak tadi..
- Letakkan 1 sudu besar krim ( lapisan pertama )1 sudu besar isi durian ( lapisan kedua ) dan lapiskan sekali lagi dengan krim…so 3 lapisan la yg korang da…
- Pastu boleh la dilipat segiempat..lebih best disimpan dalam peti sejuk semalaman..
Tadaaa..... resepi copy paste, akan di cuba setelah jumpa durian.. nyum nyum nyum....
Wednesday, August 21, 2013
This should be the way.................
Beautiful, this should be the way...
'cause we all live under the same sunWe all walk under the same moon, then why, why can't we live as one?
Dunia semakin menghampiri penghujungnya.
Tuesday, August 20, 2013
PTPTN vs. CCRIS
Assalam...
Sebelum ini tidak rasa hendak mengupas tentang isu yang tengah hot sekarang. PTPTN dan CCRIS. Hmm...rasanya ramai peminjam yang masih belum menjelaskan hutang masing2 secara konsisten. Ada kelebihan, bayar, kalau tiada, tak bayar.
Bagi saya kewujudan PTPTN ni memang baik. Tidak dinafikan, ramai yang bejaya menamatkan pengajian dengan "bermodalkan" PTPTN. Tapi, isunya sekarang ialah RAMAI yang ingkar, tidak membayar pinjaman tersebut. Kenapa? Hutang memang wajib dibayar. Apapun, ramai graduan yang belum berkemampuan membayar hutang masing2. Kalau difikirkan, memang kasihan juga muda2 sudah berhutang, tp apakan daya bukan semua orang bertuah, datang dari keluarga yang berkemampuan. Inshaa Allah, esok2 kalau anak2 dah besar, berjaya masuk IPT, x nak suruh pinjam PTPTN juga. Membayar tu memang SAKIT. :D.
Hati tidak la sakit sangat kalau kita membayar apa yang kita pinjam, tapi yang sakit tu nampak baki tak pandai kurang2 kerana cas perkhidmatan tiap bulan tu,.. haish malas nak cakap. Secara logiknya, untuk apa cas perkhidmatan tiap bulan tu? Puluh2 ringgit...
Niat di hati, BUKAN nak minta FREE atau dilupuskan, tapi tak boleh ke bayar apa yang kita pinjam sahaja? ;) (KALAU FREE, LAGI ALHAMDULILLAH,HEHEHE).. pendapat peribadi sahaja. Karang tak pasal2 kena saman. Orang mungkin akan cakap, apa susah..bayar sajalaaaa. Berat memandang, berat lagi bahu memikul saudara-saudari sekalian. :) Rasanya, ramai yang berlumba2 buat potongan gaji kalau pihak PTPTN minta bayaran bersamaan amaun yang dipinjam dan hapuskan cas perkhidmatan tu. Terpikir juga..untuk apa cas perkhidmatan tu? Apa relevan kewujudannya? hmm.. kalau kad kredit kena macam tu, xkan PTPTN pun kena kot........................ :D
Mengikut perkembangan terkini, nasib baik tak jadi senaraikan peminjam ingkar di bawah CCRIS. X arif sangat pasal benda ni tapi mengikut info2 yang diceduk sana-sini, sesiapa yang dah disenaraikan di bawah CCRIS ni memang kesian.. segala bentuk loan x leh nak buat. Mak aii..dgn keadaan sekarang, abih la mereka yang tersenarai di bawah CCRIS ni. Jangankan loan peribadi, loan rumah, kereta pun tak dapat. Kesian graduan hasil "keluaran PTPTN" yang seangkatan dengan saya (pun peminjam jugaaaaa - begini la nasib orang susah. Syukur sangat ada PTPTN). Tapi kalau takpernah bayar langsung, macam melampau la jugaaaa.. :).
Xmau lagi cakap pasal PTPTN ni. MUAK. hahaha... (padahal, masa jd student dulu x muak pun tunggu duit masuk..hihihi).
Pen-off.
Monday, August 19, 2013
Kerjaya "sensei"
Assalam...
Seperti yang saya warwarkan dari awal, saya memang seorang guru. Mencurah bakti kepada anak-anak bangsa. Tersentuh sedikit hati membaca status "hot" yang agak negatif ttentang kerjaya ini. Saya sengaja tidak menjadikan blog ini seperti blog seorang guru kerana pada saya "guru" bukan kerjaya semata tapi lebih kepada tanggungjawab. Kerjaya ini bagi saya bukan la "kerja" tapi "amanah". Agaknya kenapa ramai yang berperasaan tidak senang dengan kerjaya guru? (Berdasarkan komen2 di alam maya).
Terfikir juga, kenapa yaaa? Kenapa kerjaya semulia ini dibenci oleh segolongan manusia? Err.. rasanya bukan kerjaya yang dibenci, saya betulkan. Agaknya, sesetengah individu yang kononnya bergelar guru tetapi tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
Pada saya, yang komen2 negatif tu patut adil.. jangan la komen terlalu general, seolah-olah menghukum semua guru sebagai insan yang tidak bertanggungjawab dan penuh dengan segala sikap negatif. Tidak perlu pertikaikan gaji yang diberi, besar ka kecik ka kerana sesungguhnya hanya seorang guru yang benar2 memahami tugas seorang guru. Kebanyakan kerjaya ada masa tetap untuk melaksanakan tugas. Kami, guru.. mungkin kelihatan balik awal dari orang yang kerja pejabat, tapi siapa tahu di rumah kami terpaksa curi masa untuk menyambung semula tugas2 yang perlu disiapkan? Siapa tahu kami terpaksa berjaga malam demi menyiapkan kerja "online" yang memerlukan kesabaran? Ahhh.. tapi masih ada masa berfacebook..bla bla bla.. ayat ini pasti keluar. Logiknya, laman sosial seperti facebook adalah saluran sesetengah orang untuk melepaskan stress atau bertukar2 pendapat. Tidak salah memanfaatkan kecanggihan teknologi masa kini untuk kebaikan. Tapi yang sedihnya, ada segolongan manusia yang begitu ghairah menjatuhkan orang lain menggunakan kemudahan yang ada... semuanya di hujung jari la katakan. :)
Keyboard ini mewakili lidah kita. Segalanya betul boleh di"delete" tapi kesannya akan dirasai selamanya oleh orang yang terkena. Jadi, kalau hendak post sesuatu, fikirla dulu dalam2. Kalau nak share sesuatu, jangan sampai menjadi penyebar fitnah pula. Kalau nak komen, jangan sampai menjadi batu api. Fikir2 dahulu......
Wallahualam...

Mood JIWANG
Puas melayari dunia maya. Membaca info yang pelbagai, macam-macam ada. Pembaca tegar, semua jenis buku, hasil karya atau apa2 sahaja asal boleh di baca, semua bantai baca. Tapi, mulut ni gatal juga komen itu ini kalau ada yang tak logik atau tak masuk akal. Mulut saja.. nak "komen" jarang-jarang. Karang ada pulak yang rasa "ditembak". huhuh.. Apapun, "komen" tu perlu...
Topik saya hari ni: Hati berbunga2 nampak couple selebriti yang sama cantik, sama padan. Terdetik di hati "sweetnya pasangan ni..moga terus bahagia sampai bila2". DOA. Sambil2 tu mesti doa juga untuk diri sendiri dan si "abang sayang". Inti utama: JELES eh nampak kemesraan pasangan popular Yusry dan Lisa Surihani. Aduhhhh... Lakiku tidak seromantis itu kalau nak bergambar. Haishh.. teringin juga macam tu, hahaha.. Suami den memang sah2 lerr, kalau pasal romantik ni JAUH MATAHARI DARI PLUTO. Tapi, biarpun x romantik, dia la Mr. Right yang paling perfect untuk saya. Rajin menolong di dapur, rajin jaga anak2, selalu cuba ikut rentak isterinya ini (walau pun dia x cakap...tau jugaaaa), MANA MAU CARI? sekarang lelaki cenggini dah jadi "spesis terancam" tau....
Saya, isterinya yang jauh dari kesempurnaan (masih berhempas pulas mencuba jadi yang the best utk dia.. inshaa Allah), sedar bahawa si suami itu kadang2 makan hati, merajuk kerana perangai isterinya yang keras kepala. Adoii laa... selalu tidak sependapat, masih dalam proses memahami "dia", begitu juga sebaliknya.
Bagaimana agaknya pasangan lain? Adakah seperti kami? Agaknya, mungkin begitu.... :)
Saling bertolak ansur, give and take, terima pasangan seadanya, cuba berubah kepada yang lebih baik demi dia.. (biarpun npk hipokrit, tp hidup ini sememangnya begitu, kadang2 perlu hipokrit demi sekeping hati.)... Walau apapun, saya terima dia seadanya. Saya kagumi kelebihannya dan terima kekurangannya. Yes, he's not perfect, but HE made him just perfect for me ;)

Subscribe to:
Posts (Atom)